Resipi Berbuka GUA - Ikan Belada Merah Hijau
Kali ini GUA ingin kongsikan satu menu yang berasal dari suku Padang. Sekali-sekala, apa salahnya kita mencuba masakan dari negara jiran pula. Hidangan ini amat ringkas dan sesuai disediakan untuk bersahur.
Ramuan:

2 potong ikan merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 tangkai cili hijau
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
½ biji tomato
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan, perap bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah diperap selama 30 minit. Apabila ikan masak, angkat dan sejuk kan ikan.
3. Tomato dibelah 4.
4. Potong bawang besar, halia cili merah, cili hijau dan cili padi.
5. Kemudian, tumbuk bahan yang telah dipotong tadi separuh lumat.
6. Panaskan minyak, tumis bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau, masukkan sedikit air.
7. Apabila kering, masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
8. Masukkan ikan goreng dan kacau sebati.
9. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.
Masakan ini boleh ditukar dengan ikan kembung, daging atau ayam. Tahap kepedasan yang diingini juga boleh ditambah mengikut citarasa anda. Lebih enak dimakan ketika hidangan ini masih panas. Selamat mencuba!
Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika masakan anda berjaya.


