Resipi Berbuka GUA - Nasi Hujan Panas
Diam tak diam, kita dah pun masuk minggu kedua berpuasa. Kali ini, GUA nak kongsi pula satu resepi nasi yang berwarna-warni iaitu Nasi Hujan Panas bersama gandigannya Ayam Madu.
Ramuan:
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk pati ayam / 2 kiub
1 inci halia
3 cawan beras
2 cawan air
1cawan susu cair
2 helai daun pandan
3 pewarna (merah, kuning, hijau)
Beberapa biji kismis
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan
2. Hiris mayang bawang merah, bawang putih dan halia
3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk
4. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau
5. Masukkan beras dan gaul rata
6. Masukkan pati ayam, air dan juga susu cair. Tabur garam secukup
7. Apabila mendidih, masukkan daun pandan, gaul rata selama seminit
8. Tutup api dan alihkan periuk nasi ke dalam ‘rice cooker’ dan biarkan masak
9. Apabila hampir masak, buatkan 3 lubang kecil pada nasi dan tuangkan beberapa titis pewarna pada setiap lubang
10. Setelah nasi betul-betul masak, gaulkan rata nasi
11. Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang dan juga daun sup yang di cincang
Siap! Memang harum baunya. Lebih enak sekiranya menggunakan beras basmathi. Amat sesuai disajikan ketika nasi masih panas. Dapatkan resepi ayam madu di artikel selepas ini. Selamat mencuba!
Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika masakan anda berjaya.


