Resipi Raya GUA - Biskut Choc Chip

17 Aug 2012, 06:29pm   |     |    Utama > JALAN >
Kongsi Article Ini:

Di hari-hari terakhir bulan yang mulia ini, pastinya ramai yang sudah pun mula membuat kuih. Syawal tahun ini, GUA nak hidangkan beberapa jenis biskut istimewa pada para tetamu GUA nanti. Salah satu resepi biskut yang GUA nak kongsikan ialah Biskut Choc Chip istimewa buat anda.

Ramuan:



1 buku mentega (250g)
¼ cawan gula pasir
½ cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
2 ½ cawan ‘oatmeal’, dikisar halus
½ sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh  serbuk penaik
340g cip coklat
250g coklat masakan, dihiris halus
100g kacang (pilihan anda) dicincang

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar sehingga 150°C
2. Putar mentega dan gula sehingga kembang.
3. Ayakkan tepung, garam, soda bikarbonat dan serbuk penaik bersama.
4. Masukkan campuran tepung, garam, soda bikarbonat, serbuk penaik dan kisaran ‘oatmeal’ sedikit demi sedikit dan gaul rata.
5. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul lagi sehingga rata.
6. Setelah adunan sekata, masukkan hirisan coklat dan hirisan kacang. Teruskan menggaul.
7. Akhir sekali baru masukkan cip coklat dan ratakan bersama adunan.



8. Ambil secubit dari adunan tadi dan aturkan diatas loyang. Pastikan jarak 1 inci antara satu sama lain.



9. Bakar selama 25 – 30 minit atau sehingga biskut betul-betul masak.
10. Angkat biskut dan sejukkan.
11. Sedia untuk dimakan.

Bagi yang tidak sempat membakar kesemua adunan, anda boleh saja asingkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Jangan lupa, biskut yang telah dibakar hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara. Hidangkan bila tetamu datang.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad