Resipi Raya GUA - Biskut Jem Coklat Nutella

17 Aug 2012, 06:34pm   |     |    Utama > JALAN >
Kongsi Article Ini:

Satu lagi resepi biskut yang GUA ingin kongsi bersama anda ialah biskut yang berasaskan jem coklat kesukaan ramai, iaitu jem coklat Nutella. Sesuai dengan zaman moden ini, resepi yang bakal dikongsikan ini sangat mudah untuk disediakan. Biskut ini diberi nama Biskut Jem Coklat Nutella.

Ramuan:



1 ¼ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
¼ cawan ‘oatmeal’, dikisar halus
1 sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh serbuk penaik
¾ cawan mentaga
2 sudu besar jem Nutella
1 cawan gula pasir
1 biji telur
Garam secukup rasa

Jem:
1 botol jem coklat Nutella

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar sehingga 250°C
2. Ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik bersama, ketepikan.
3. Putar mentega, Nutella dan gula sehingga kembang.
4. Masukkan telur dan gaul rata.



5. Masukkan campuran tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk ‘oatmeal’ sedikit demi sedikit dan gaul rata.
6. Setelah adunan rata, cubit adunan dan bulatkan. Ratakan bahagian atas, boleh gunakan bahagian bawah gelas atau lekap menggunakan tangan.
7. Susun diatas loyang. Pastikan jarak 1 inci diantara satu sama lain.



8. Taburkan sedikit garam ke atas adunan biskut.
9. Bakar selama 20 – 25 minit.
10. Setelah masak, biarkan sejuk seketika.
11. Sapukan jem Nutella diantara 2 keping biskut.



12. Sedia untuk dihidang!

Nak tahu satu idea menarik? Biskut ini sesuai dijadikan sebagai buah tangan kepada para tetamu anda! Hadiahkan biskut ini sebagai tanda terima kasih anda kepada para tetamu kerana sudi beraya ke rumah.

Ikatkan dengan riben comel dan bungkuskan ke dalam plastik atau bekas kedap udara. Pasti tetamu tersenyum gembira nanti. Selamat mencuba!

Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini jika masakan anda berjaya.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad