Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim merupakan seorang pelakon yang popular dengan semua kalangan penonton TV atau filem. Beliau dilahirkan pada 1976 di Kuantan, Pahang. Norman memulakan kariernya sebagai pelakon pada tahun 1996. Antara filem-filem yang pernah beliau terlibat ialah Pasrah (1997),Gerak Khas The Movie (2001) ,Gerak Khas 3 The Movie (2006) dan Gila-Gila Pengantin Popular. Beliau juga berlakon dalam drama bersiri seperti Gerak Khas dan Kisah Kaisara, antara drama terhangat pada tahun 2007. Di kenali sebagai Gary Sinise Malaysia, Norman membintangi watak dalam drama siri online Jelma dengan penuh yakin dan bersemangat.
Fauziah Nawi sebagai MAK TOM
Fauziah Nawi merupakan seorang Juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi dan penari dan tenaga pelajar AF4. Fauzian dilahirkan di Ipoh, Perak pada 1953. Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan rancangan-rancangan seperti Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, Non Stop Music dan Before We Say Goodnite. Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia dan Manis-Manis Garam di Radio 1. Juga pernah mengarah untuk teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Juga pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik.
Naim Daniel sebagai REZA
Muhammad Naim Daniel Baharin atau adik Naim mula berkecimpung dalam dunia seni kita dan membintangi lebih dari 24 buah drama, satu filem (Cuci) arahan Hans Isaac yang memegang watak hans sewaktu kanak-kanak dan satu komersial. Sebagai pelakon muda dan baru dlam industri, Naim memegang watak utama dalam Jelma, sebagai watak utama dan juga watak jahat.
Azri Iskandar sebagai DATO' ISHAK
Azri Iskandar atau nama penunhnya Azri Iskandar Bin Zulkiffly Iskandar seorang pelakon prolifik. Antara filem lakonanya Jangan Tegur (2009), Syaitan (2007), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), Gerak Khas The Movie 2 (2002), Puteri Impian 2 (1999), Perempuan Melayu Terakhir (1999) dan Iman Alone (1997). Pencapaian, Best Actor 17th Malaysian Film Festival
Nadia Mustafa sebagai DATIN SANDRA
Nadia Mustafa berumur 33 tahun dan dilahirkan pada 19 76 di Kuala Lumpur. Nadia banyak berlakon dalam prlbagai drama. Nadia mula terlibat dalam dunia lakonan seawal umurnya 12 tahun lagi. Drama lakonan pertamanya ialah Hikayat Hang Setia. Antara filem lakonannya pula ialah Jangan Tegur, Baik Punya Cilok, Zombi Kampung Pisang, Pontianak Harum Sundal Malam, Buli, Buli Balik dan Man Laksa.
Jeff Omar sebagai JELMAAN LELAKI
Jeff Omar atau nama sebenarnya Jaafri Omar berusia 47 tahun dilahirkan di Pulau Pinang. Jafri seorang pelakon berkebolehan memegang apa jua watak dan bergiat cergas dalam teater di Sabah dan Labuan. Telah banyak membintangi drama-drama tempatan melebihi 30 drama. Antaranya seperti Kasut Tumit Tinggi, Kapten Boleh, Pak Pong, Jelma dsbnya. Beliau juga mewarnai dunia perfileman tempatan melalui filem Sireh, Muzikal Cinta dan CE1.
Sofea Aliza sebagai JELMAAN PEREMPUAN
Berusia 37 tahun Telefilem Seandainya Sofia adalah skrip pertama yang dihasilkan pada tahun 2004. Semenjak 2007, beliau kembali menulis skrip secara aktif secara sepenuh masa. Drama lakonannya ialah Tika Inai masih Merah (2008), Tercipta Untukku (2008), Jelma (2008), Sol Dadu Merah (2009), Diva Meletup (2009), Jelma 2 (2009), Aku Anak Artis (2009) dan Sophilia (2009)
Diddy Hirdy sebagai USTAZ HAFIZ
Diddy berusia 23 tahun dilahirkan di Kuala Lumpur. Bekas pelajar Akademi Fantasia ini kerap membawa watak remaja dalam lakonannya. Antara drama lakonannya ialah Serakah Rashid, Rebab Tidak Bertali, Kasih Berkongsi Lalang, Sukun dan Otai. Lagu single pertamanya bertajuk 'Biar Diddy Sambung' kini sedang ke udara di radio
Muhammad Murali bin Abdullah, FDAM - Pengarah
Murali, berusia 44 tahun, memulakan kerjayanya sebagai jurukamera. Pada tahun 2002, beliau menjadi pengarah filem bebas dan mengarah lebih dari 30 telefilem dan drama. Antara telefilem arahan beliau ialah Aishah 50 sen, Najwa Cinta Kolestrol. Pada pesta Filem Malaysia 2004, Beliau merangkul 2 anugerah iaitu Pengarah terbaik dan Layar terbaik.
Sofea Aliza, Penulis Skrip
Berusia 37 tahun, memulakan kerjayanya dalam bidang Penyelidikan Molekular Biologi semenjak 1996 sehingga sekarang. Telefilem Seandainya Sofia adalah skrip pertama yang dihasilkan pada tahun 2004. Semenjak 2007, beliau kembali menulis skrip secara aktif secara sepenuh masa.
Muhamad Norazhar Baharuddin, Penerbit Eksekutif Zeel Production Sdn Bhd
Berkelulusan Perakaunan. Memulakan kerjaya pada tahun 1995 sebagai Eksekutif Perakaunan. Beliau kemudiannya menceburkan diri di dalam bidang lakonan Drama & Perfileman pada tahun 1997. Sejak itu beliau banyak membintangi drama-drama melayu tempatan sebagai pelakon pembantu. Antara drama yang dibintangi adalah I’ktikaf, Obsesi, Rendang Untuk Mertua, Kameleon, Osman Kassim Baba, Selamat Pagi Cikgu, Igauan Semalam, Jelma2, Terbang Bangau dsbnya. Mula berkhidmat sebagai Penerbit Eksekutif di Zeel Production Sdn. Bhd. pada tahun 2000 sehingga sekarang dan masih bergiat aktif di dalam menghasilkan drama-drama yang berkualiti untuk siaran TV3, RTM, Astro dan yang terkini gua.com.my.
Hj Md Fadzil bin Teh, Penerbit Zeel Production Sdn Bhd
Beliau merupakan seorang Ahli Perniagaan yang berkelulusan BA. (Hons) Economics, University Malaya. Menceburkan diri selama 15 tahun dalam bidang Manpower Business dan Finance Director for Diversiti Mekanikal Sdn Bhd, Building Maintenance Company ( Integrated Facility Management ). Memulakan kerjaya pada tahun 1995 sebagai Penerbit di dalam Industri Drama dan Perfileman. Syarikat Penerbitan Bumiputera yang bergiat aktif di dalam menghasilkan drama-drama yang berkualiti untuk siaran TV3, RTM, Astro dan yang terkini gua.com.my.
Muhammad Kahar Ahmad, Penerbit Alt Media Sdn Bhd
Berkelulusan Komunikasi Massa ITM, pengkhususan Penyiaran memulakan karier beliau sebagai Penyunting Video pada tahun 1995. Sepanjang penglibatan dalam bidang penyiaran, beliau telah mengarah pelbagai iklan TV, di samping bidang suntingan video untuk drama, rancangan TV dan pengiklanan. Pada tahun 2002, beliau berkecimpung pula dalam bidang Pemasaran dan Penerbitan untuk pengiklanan TV di Media Prima. Bermula tahun 2007, beliau beralih arah pula kepada bidang penyiaran internet TV bersama laman web gua.com.my sehinggalah sekarang, sebagai seorang pengarah untuk program TV di laman web tersebut.