|
Norman Hakim sebagai ROSLI
Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim merupakan seorang pelakon yang popular dengan semua kalangan penonton TV atau filem. Beliau dilahirkan pada 1976 di Kuantan, Pahang. Norman memulakan kariernya sebagai pelakon pada tahun 1996. Antara filem-filem yang pernah beliau terlibat ialah Pasrah (1997),Gerak Khas The Movie (2001) ,Gerak Khas 3 The Movie (2006) dan Gila-Gila Pengantin Popular. Beliau juga berlakon dalam drama bersiri seperti Gerak Khas dan Kisah Kaisara, antara drama terhangat pada tahun 2007. Di kenali sebagai Gary Sinise Malaysia, Norman membintangi watak dalam drama siri online Jelma dengan penuh yakin dan bersemangat.
|
|
|
Fauziah Nawi sebagai MAK TOM
Fauziah Nawi merupakan seorang Juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi dan penari dan tenaga pelajar AF4. Fauzian dilahirkan di Ipoh, Perak pada 1953. Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan rancangan-rancangan seperti Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, Non Stop Music dan Before We Say Goodnite. Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia dan Manis-Manis Garam di Radio 1. Juga pernah mengarah untuk teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Juga pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik. |
|
|
Naim Daniel sebagai REZA
Muhammad Naim Daniel Baharin atau adik Naim mula berkecimpung dalam dunia seni kita dan membintangi lebih dari 24 buah drama, satu filem (Cuci) arahan Hans Isaac yang memegang watak hans sewaktu kanak-kanak dan satu komersial. Sebagai pelakon muda dan baru dlam industri, Naim memegang watak utama dalam Jelma, sebagai watak utama dan juga watak jahat. |
|
|
Aida Aris sebagai AZIZAH
Siti Rohaida Mat Aris atau Aida Aris mula berkecimpung dalam dunia seni sejak 15 tahun yang dulu. Lahir pada 17 Febuari 1972 di Singapura. Antara lakonan beliau ialah Debu-Debu Kasih (1995), Suratan Kasih (1996), Kembara (1998) dan Black Maria pada tahun 2003. Beliau memegang watak Azizah dalam siri online Jelma.
|
|
|
Maimon Muttalib sebagai NENEK
Maimon Muttalib berasal dari Tangkak, Johor memulakan kariernya sebagai pelakon drama bersiri. Selain berlakon, belaiu juga seorang penulis. Pada 2007, beliau mula berlakon dalam filem. Antara filem yang beliau terlibat ialah Qabil Khushry Qabil Igam (2007), Chermin (2007), Otai (2007), Cuci (2008) dan filem akan datang Pensil (2008). |
|
|
Haliza Misbun sebagai DR MULYANI
Haliza Misbun dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Mei 1973. Anak kedua dari 6 orrang adik beradik ini memulakan karier dalam seni lakonan sejak 14 tahun lalu. Beliau juga mempunyai kejaya yang lain sperti pengacar tv, penerbit Halle Pictures (M) sdn bhd dan seorang usahawan yang berjaya. Merangkul banyak anugerah sebagai pelakon dan pelakon pembantu wanita terbaik. |
|
|
Kathy Azean sebagai HALIMAH
Kathy Azean atau nama sebenarnya Norazian Saleha sudah tidak asing lagi dalm dunia seni tanah air. Mula melibatkan diri dalam drama Opah dan kemudian beberapa lagi siri drama terbitan RTM. |