| JELMA adalah sebuah karya asli penulis berdasarkan kajian dan pengalaman terhadap kepercayaan mistik masyarakat dunia terutamanya masyarakat Nusantara. Umumnya kepercayaan melayu nusantara moden masih lagi utuh terhadap unsure mistik, paranormal dan animisme. Penulis berkesempatan melihat sendiri pengalaman perit mangsa-mangsa pengamal ilmu hitam ini dan mewujudkan beberapa babak di dalam JELMA. JELMA adalah rentetan tragedi yang berlaku kepada sebuah keluarga apabila anak yang dilahirkan sebenarnya hanyalah jelmaan iblis bertopengkan manusia. Semuanya berpunca daripada amalan khurafat secara berterusan. Keluarga tidak menyedari potensi sebenar kuasa kanak-kanak tersebut sehinggalah waktunya sudah terlewat. KEUNIKAN JELMA JELMA adalah symbol manifestasi kejahatan berteterusan iblis yang didatangkan dalam bentuk seorang kanak-kanak lelaki. Kejahatan ini diwujudkan semenjak kanak-kanak ini berada di dalam perut lagi kerana kedua orang tuanya bergantung kepada kuasa mistik untuk melariskan perniagaan. Konflik pertentangan kuasa baik dan jahat akan dipaparkan secara simbolik. Kuasa kejahatan iblis tidak dapat dihapuskan secara mutlak tetapi dapat dihentikan untuk sementara waktu. Walaupun drama ini mempunyai climax tetapi pengakhirannya yang bermisteri membolehkan drama ini dijadikan sequel di masa hadapan. Identiti: Drama seram identity Melayu/Malaysia yang berkisar kepada realiti golongan ahli perniagaan yang percaya kepada kuasa azimat dan tangkal. Plot: Jalan cerita ringkas , padat, fast paced suspense plots, penggunaan bahasa yang mudah difahami. Ekspresi emosi/wajah kanak-kanak yang naïf tetapi sebenarnya mewakili kuasa jahat menjadikan drama berciri non-superficial dan non-cliché. Penampilan kanak-kanak lelaki diinspirasikan dari filem The Omen & Whispers dari Hollywood. Elemen: Gabungan elemen ketakutan, seram, suspense, sedih , kejutan dan unsur surreal dijadikan tonggak drama. Sebahagian atau kesemua elemen wujud dari permulaan hingga ke akhir episode. Elemen seram & kejutan yang dipaparkan akan digarap sepertimana filem seram Thailand. Sasaran Penonton: Umum/Global MESEJ Dalam kitab-kitab agama yang diperakui, telah dinyatakan dengan jelas bahawa iblis tidak akan berhenti memperdayakan manusia sehinggalah manusia itu menjadi pengikutnya. Walaupun drama ini bertujuan sebagai hiburan semata-mata, masyarakat umum masih boleh mengambil iktibar dan panduan dari tragedy yang berlaku kepada keluarga ini. SINOPSIS KESELURUHAN Rosli adalah seorang pengusaha restoran yang percaya kepada tangkal dan azimat sebagai pelaris dan pendinding restorannya. Dia telah berkahwin dengan Azizah dan bakal menimang anak sulung. Tragedi melanda keluarga ini apabila kuasa hitam yang dipuja oleh Rosli meresap ke dalam kandungan Azizah. Azizah terpaksa melalui pengalaman bersalin yang paling mengerikan dan dia menemui ajal dalam keadaan paling luar biasa. Rosli membesarkan anak tunggalnya Reza bersendirian dengan bantuan pembantu rumah dan ibunya yang sudah agak uzur. Rosli tidak menyedari bahawa Reza mempunyai personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain. Dia suka menyendiri, bermain dengan plasterscene yang dibentuk seperti patung azimat milik ayahnya dan boleh berbicara dengan makhluk halus. Reza juga hanya menggunakan kuasa jahatnya kepada individu-individu tertentu yang dirasakan mengancam dirinya termasuk nenek dan rakan sekelas di tadikanya. Neneknya dibunuh kerana cuba menjodohkan Rosli dengan seorang gadis sementara rakannya pula diserang sawan sejurus selepas merampas patung plasterscene dari tangan Reza. Kematian Ibunya membuatkan Rosli tersentak dan dia diberi petunjuk. Dia pergi kerumah guru ilmu hitamnya yang bernama Wak Jang tetapi dimaklumkan bahawa orang tua itu sebenarnya sudah lama meninggal dunia. Rosli cuba menghapuskan azimat tersebut tetapi gagal. Azimat itu muncul kembali dan kali ini dia terpaksa berhadapan dengan kuasa yang yang merasuki Reza yang menghalangnya dari memusnahkan azimat. Rosli menyangka dia melalui pengalaman pra sedar dan anaknya masih kanak-kanak normal. Pembantu rumah Rosli juga melalui pengalaman ngeri dan nekad hendak berhenti kerja tetapi Rosli memujuknya supaya bertahan untuk seketika. Sebagai jalan terakhir, Rosli meminta bantuan Yahya dan Ustaz Hashim untuk menghapuskan azimat tersebut. Ustaz Hashim telah pun memulakan usahanya tetapi jelmaan Reza memberontak dan tidak mahu mengalah. Rosli pula dalam keadaan terdesak cuba membuka kitab suci al-quran tetapi hanya helaian kosong sahaja yang wujud dan sebaliknya, amalan-amalan hitam datang menagih simpati darinya. Reza kesal kerana kejahilannnya itu telah mengorbankan nyawa isteri dan ibunya. Semasa Ustaz Hashim membakar azimat, Reza bergelut dengan maut di bilik dan apabila Rosli dapat merempuh masuk, yang kelihatan hanyalah abu dan bau asap yang busuk memenuhi bilik anaknya itu. Reza ghaib dari pandangan dan yang kedengaran hanyalah suaranya merintih memanggil ayahnya. Rosli berpindah dari rumah itu tetapi semasa berada di atas dia dapat melihat anaknya Reza melambai kepadanya dari luar rumah. |